Sebenarnya benarkah populariti memberi keuntungan kepada si pencarinya?
Populariti Yang Sebenarnya Bertapak Dari Dasar Apa?
Penulis juga telah mengabadikan dalam nota panjang di "Dakwah Tidak Berdiri Atas Dasar Populariti: Satu Tinjauan." untuk bacaan saudara-saudari semua.
Jadilah ustazah yang ikhlas dan bertaqwa. Yang menjaga diri dan agamanya.
Apalah populariti dan keduniaan, semua hanya sementara. Akhirnya lapuk dek masa. Datang pula populariti yang lain. Kejar populariti, dapatlah populariti sekejap.
Tapi apa selepas itu? Pudar dan dilupakan. Kita perjuang dakwah, bukan perjuangkan untuk popularkan pendakwah. Allah lah yang popularkan kita, angkat ke tempat tinggi di sisi masyarakat.
Kejar ikhlas dan taqwa, dapat dunia..dapat akhirat. Dapat syurga. Dapat kasih insan. Dapat kasih Tuhan.
"Seseorang ustazah yang ikhlas, mengajarkan ilmu kepada pelajarnya dan yang lain, tanpa mengharapkan balasan yang lumayan, tanpa mengharapkan publisiti, tanpa mengharapkan populariti, tanpa menonjol dan tidak perlu ditonjolkan di khalayak. Tidak bertanding dan tidak perlu dipertandingkan ilmu dan karekternya. Ustazah solehah yang faham kesolehahan seseorang wanita itu adalah tidak memandang dan tidak dipandang. Ustazah sebeginilah yang akan disayangi pelajarnya, dikenang muridnya, dicintai dan dikasihi dengan ikhlas oleh pelajar-pelajarnya. Jasanya dikenang hingga akhir hayat. Ustazah pilihan hati pelajar tidak perlu cantik, tidak perlu menawan, cukuplah ilmunya ikhlas hangat terasa sehingga ke dasar hati yang paling dalam. Diingat sampai bila-bila. Dipanggil ustazah sampai ke hujung nyawa."
0 comments:
Post a Comment