~Ramadan Ini..1430H~


Ramadhan ini,memang banyak perbezaannya..berbanding ramadhan yang lepas-lepas..bagai dirancang-rancang aku mula mengambil alih tugas menyiapkan hidangan untuk bersahur. Kalau dulu emak dan abah akan mengejutkan aku bersahur, aku hanya perlu duduk dan makan sambil menahan mata yang asyik nak tertutup tapi kali ini tidak lagi..malam 1 Ramadhan aku mula set alarm di hensetku,3.30 am..huhu..awal..tapi takpe arini cuti sekolah..seminggu..Tepat jam 3.30 am aku bangun..dan mula menyediakan apa yang patut,masak air, panaskan lauk pauk..selesai je..aku mengejutkan mak, abah dan adik lelakiku untuk makan..
Kalau dulu abah yang selalu ke bazar ramadhan dan membeli kuih-muih yang sedap untuk berbuka. Kini keuzurannya membuatkan aku dan adik yang mencari keperluan..
Ibu seperti biasa masih setia memasak lauk-pauk kegemaran kami,cuma kekadang aku akan membeli lauk dan kuih Pak Yassin pengusaha kantin sekolah..Oh ya, ramadhan ini aku sudah bekerja..syukur alhamdulillah. Adik pula seperti bangga bila dapat menyumbang untuk kami sekeluarga. Kadang2 dia kan membawa pulang air tebu untuk dikongsi bersama. Adik pernah juga berkongsi dengan ibu membeli ‘ayam pusing’ kegemarannya dengan duit elaun praktikalnya yang tak seberapa..:)
Ramadhan ini..doaku makin pjg, harapanku makin besar, tahajudku makin kencang. Munajat padaMu,menjadi rutinku pd sebahagian mlm. Aku rasa smkin byk yg aku inginkan dlm hidup ini..
Ramadhan kali ini juga, byk kad kawin yg diterima dr sahabat2ku..dr seluruh ceruk negeri..insyaAllah selepas lebaran ini mereka akan disatukan dgn pilihan hati masing-masing..aku juga mula berdoa untuk jodohku sendiri, hal yang aku tak pernah ambil berat sebelum ini..;)
“ Ya Allah, jika jodoh itu masih jauh, dekatkannya..jika dekat, mudahkannya ya Allah dan jdkan jodoh utkku drp orang yang soleh, beriman, mengasihi dan manyintaiMu dan rasulMu melebihi segala yg ada di maya ini..” Aminn..
Terawih tahun ini juga agak meriah. Adik memilih untuk berterawih bersama kami. Kalau dulu, adik akan ke surau kegemarannya dgn motosikal. Tp tahun ini alhamdulillah..syukur. Boleh juga adik tlg tgok2kan abah yang kurang sihat. Sepupu2ku yang masih kecil (6 thun, 4 thun dan 2 thun) juga sudah mula ke masjid mengikut ayah mereka. Riuh-rendah setiap kali mereka ingin bertolak ke masjid..mcm2 perangai..Begitu juga dengan pelbagai cerita lucu yg mereka bawa pulang..maklumlah, pengalaman pertama..hehe..:)
Malam ini malam yg ke 25 ramadhan..moga2 kita semua tidak terkulai di akhir ramdhan ini..rebutlah sebaik mungkin peluang2 yg masih tinggal ini untuk menambah sbyak mgkin pahala dan momohon rahmat keampunan drNya..Berkatilah kami ya Allah sebagaimana berkatnya RamadhanMu ini..

0 comments:

Post a Comment