~ustazah PILIHAN~



Sebenarnya benarkah populariti memberi keuntungan kepada si pencarinya?

Maulana Wahiduddin Khan menceritakan, Abu Umamah meriwayatkan bahawa seseorang mendatangi Rasulullah dan bertanya tentang orang yang berperang untuk mendapatkan material dan meraih populariti. Orang itu ingin tahu pahala apakah yang akan didapatkannya. “Tidak ada,” jawab Nabi. Orang tersebut mengulangi pertanyaannya hingga tiga kali, namun jawapan Nabi tetap sama. “Amal yang diterima Allah,” tambah Nabi SAW, “..adalah yang didasari keikhlasan dan ditujukan semata-mata kepadaNya.” (An Islamic Treasury of Virtues A Collection of Inspiring Thoughts, Story, Quotes, and Saying of the Prophet Muhammad and His Companions terj. Mona Raguan, 2000, AlvaBet, h.49).


Populariti Yang Sebenarnya Bertapak Dari Dasar Apa?

Dr. Sidek Baba menjelaskan secara umum, ukuran Allah tentang kemuliaan seseorang atau perjuangan sesuatu suku dan bangsa ialah status takwanya. Ini merupakan ukuran yang amat adil dan saksama kerana akhirnya bukan ukuran bangsa, pangkat dan darjat menjadi ukuran Allah tetapi daya keinsafan yang tinggi tentang keterikatan manusia dengan Khaliqnya menjadikan ketertiban dan keakuran manusia kepada apa yang Allah suruh dan apa yang Allah larang.(Seteguh Tekad, 2009, Alaf 21, h.104). Penulis amat bersetuju dengan kenyataan ini. Takwalah menjadikan kita popular di pandangan Allah.

Penulis juga telah mengabadikan dalam nota panjang di "Dakwah Tidak Berdiri Atas Dasar Populariti: Satu Tinjauan." untuk bacaan saudara-saudari semua.

Jadilah ustazah yang ikhlas dan bertaqwa. Yang menjaga diri dan agamanya.

Apalah populariti dan keduniaan, semua hanya sementara. Akhirnya lapuk dek masa. Datang pula populariti yang lain. Kejar populariti, dapatlah populariti sekejap.


Tapi apa selepas itu? Pudar dan dilupakan. Kita perjuang dakwah, bukan perjuangkan untuk popularkan pendakwah. Allah lah yang popularkan kita, angkat ke tempat tinggi di sisi masyarakat.


Kejar ikhlas dan taqwa, dapat dunia..dapat akhirat. Dapat syurga. Dapat kasih insan. Dapat kasih Tuhan.


"Seseorang ustazah yang ikhlas, mengajarkan ilmu kepada pelajarnya dan yang lain, tanpa mengharapkan balasan yang lumayan, tanpa mengharapkan publisiti, tanpa mengharapkan populariti, tanpa menonjol dan tidak perlu ditonjolkan di khalayak. Tidak bertanding dan tidak perlu dipertandingkan ilmu dan karekternya. Ustazah solehah yang faham kesolehahan seseorang wanita itu adalah tidak memandang dan tidak dipandang. Ustazah sebeginilah yang akan disayangi pelajarnya, dikenang muridnya, dicintai dan dikasihi dengan ikhlas oleh pelajar-pelajarnya. Jasanya dikenang hingga akhir hayat. Ustazah pilihan hati pelajar tidak perlu cantik, tidak perlu menawan, cukuplah ilmunya ikhlas hangat terasa sehingga ke dasar hati yang paling dalam. Diingat sampai bila-bila. Dipanggil ustazah sampai ke hujung nyawa."


(*^-^*)V




survival tips for TEACHERS..:)





Tip no. 1 - Reflect on the main reason you become a teacher in the first place. Was it your childhood dream or mainly because you did not have much choices then? Why on earth are you still a teacher now? Find the answers in your heart. What you are today is a result of how you first took off in this noble profession...

Tip no. 2 - Assign a special task to your students today : ` Write ONE word that best describes my teacher, Puan/Mrs/Dr/Prof/Mdm ....(fill in the blank with your own name)' Provide each student with a post-it note. Input should be anonymous. Pass around a small box to collect the notes. Paste them on a wall surface (in your bedroom) - the words describe what the students see in you!

Tip no. 3 - Prioritize the weakest student in your class, instead of the cleverest. Those who are gifted with superb IQ could sail thru' without much of your help. It's the weakest who needs you the most. Don't ignore him/her. Look at her/him with a different perspective today - full with hopes & dreams!

Tip no. 4 - Be a great teacher who inspires. From William Hart - a mediocre teacher tells, a good teacher explains, a superior teacher demonstrates & a great teacher inspires! Convince your students that you're a different breed of teacher - the one who really cares & prays for them, every time, every day!

Tip no. 5 - Honour the students' trust in you. Keep their secrets. Do not spread out the private info they confided in you to other teachers in the school, unless it's related to safety and legal matters. Even then, just tell the principle/headmaster. Confidentiality is a part of teaching ethics.

Tip no. 6 - Teach with all your heart, imagine the students are your own flesh and blood. Thank Allah (again & again) for the honour of being a teacher. Focus your energy before stepping into class. Remind yourself of the responsibilities put on your shoulders. Finish this statement : ` At the end of this session, my students should be able to.....'

Tip no.7 - Look back into history - all great individuals were teachers. Rasulullah SAW was a great mu'allim/murrabi. Imam Al-Ghazali, Ibnu Sina, Gandhi, Hippocrates, Buddha, Lao Tzu, Mother Teresa, the list is non-exhaustive. These great people shared a common teaching style - they touched the hearts of each student they encountered (student-centred teaching). How about you?

Tip no.8 - Read, read and read more! Teachers are readers and readers are leaders. Lead your students to explore the marvellous world of knowledge & virtue. Look up for new books & re-read the old ones. Reading builds up creativity of teachers. So, what book are you reading now?

Tip no.9 - Shine as your students' best role model, esp. for those who do not have one at home. Practise what you preach, and walk the talk. For students who only have bad role modelling all these while, YOU are their shining beacon, salvation and last hope. Don't let them down, please...

Tip no.10 - Serve as your students' life mentor. Do you still receive SMS, emails, wedding cards, festive greetings and well wishes years after your students have left school/college? Did the old students look for you whenever they came visiting? If so, rejoice...for you're indeed your students' life mentor! If not and you do not really mind, you might have never meant to be one.


sumber: drhar.blogspot.com


p/s: i LOVE the kind of teacher that give me something TO THINK at home besides homeworks..(*^-^*)v





-H. A. S. A. D-



"Hendaklah kamu menjauhi hasad dengki kerana sesungguhnya hasad dengki memakan kebaikan sebagaimana api memakan kayu"

[HR Abu Daud]

HASAD..selalu mendengar perkataan ini. Dari mulut ustaz, ustazah, guru2 dan di kaca televisyen. Tetapi ia tidak pernah menyentuh hati atau jiwa ini. TAHU tetapi TIDAK KENAL, bagai angin lalu..

Ramai yang mengatakan hasad adalah musuh tersembunyi yg sangat merbahaya..tanpa disedari penyakit ini semakin membarah di dalam hati. Memetik kata2 adik yang suka bergurau
"u see it when you KNOW it exist..otherwise everything is invisible.." hehe..

Terdiam sebentar dlm proses memahami maksud yg tersirat. Kita hanya menyedari kehadiran atau kewujudan sesuatu apabila kita mengenalinya..jadi apa dia HASAD?? ataupun ianya dah bertakung tepu di dalam hati kita?

"TAK KENAL MAKA TAK BENCI.."

Hasad ialah mengharapkan hilangnya nikmat daripada orang yang didengki samada melalui perkataan atau perbuatan..
[Imam al-Mutawalli al-Sya'rawi]

Jika seseorang itu melihat seseorang yang lain mendapat nikmat lalu timbul harapan dalam hatinya agar nikmat itu hilang, maka ketika itu dia telah dihinggapi penyakit hasad.

Punca utama hasad boleh bertapak di dalam hati adalah disebabkan oleh sifat:

1. sombong
"sombong adalah menolak kebenaran dan memandang rendah akan orang lain."

2. cintakan dunia
menjadikan dunia sbg matlamat..dunia adalah segala2nya..

3. persaingan yang tidak sihat
perasaan tidak senang, tidak bersyukur dan tidak pernah rasa cukup di atas nikmat yang dikurniakan kepada dirinya dan org lain.

Orang yang hasad hanya melihat kelebihan orang lain berbanding dirinya sendiri. Fikirannya menjadi negatif apabila sering melihat nikmat orang lain dan membandingkan dengan nikmat yang ada pada dirinya. Justeru, mana mungkin ada rasa bersyukur sekiranya asyik melihat kekurangan??
"orang yang tidak bersyukur dengan yang SIKIT tidak akan bersyukur dengan yang
BANYAK"

[hadis]

Orang yang hasad MENDERITA 2 KALI. Pertama disebabkan oleh
kekurangan yang ada pada dirinya dan kedua disebabkan rasa ingin menghilangkan nikmat pada orang lain. Ini penderitaan jiwa yang sangat dahsyat! nauzubillah..

Oleh itu, wajib kita membuang sifat hasad ini dengan apa cara sekalipun..kenapa?
kerana orang yang memiliki hati yang kotor tidak layak masuk syurga Allah. Orang yang selamat hanyalah mereka yang membawa hati yang bersih ;
qalbun salim :)

caranya?

1.
mujahadah melawan kehendak; kalau terasa hendak mengumpat ganti dengan cerita yg baik2,jika timbul takabbur cepat2 rendahkan diri, apabila timbul iri hati, cepat2 bertanya khabar

2. berdoa semoga dihapuskan sifat hasad dr hati

3. bertaubat kpd Allah dan banyakkan mengingati mati
"mati adalah sebaik-baik penasihat kepada hati yg jahat"

4. mencari ilmu tentang keburukan sifat hasad

5. belajar dan menghayati prinsip akidah


Akhir kalam..
"tidak boleh hasad kecuali kepada 2 orang iaitu:
1. org yg Allah anugerahkan kpdnya harta lalu dia infakkan pd jalan kebaikan
2. org yang Allah berikan kepadanya ilmu , ia tunaikan(amalkan) dan
mengajarkannya"

[mutaffaq'alaih]


~2 orang kat atas ni takpe kalau kita nak hasad pun, hasad yang okey dan membawa ke arah kebaikan~ :)



p/s-jika kau berasa takut, maka jangan mundur..HADAPILAH, jika kau berhasad maka JANGAN LANJUTKAN dan jika kau bersangka buruk maka JANGAN BUKTIKAN!


(*^_^*)v peace!!

Rujukan: SOLUSI isu 32

Pesta Buku Terengganu (*^-^*)


Tempat: TTC

Tarikh : 9-15 Jun 2011

Masa: 9.30 pagi-10 malam




p/s: like! like! like! :)

media SIBER vs media KONVENSIONAL



Memetik kata-kata Dr Abu Hassan Hasbullah "media tradisional/konvesional sudah TIDAK boleh DIPERCAYAI kerana ia ada PEMILIK dan ianya semakin hilang kawalan, tidak rasional dan melampaui batas.."
apakah dia media konvesional ini? ~akhbar dan televisyen
Apabila terdengar kata-kata tersebut, terlintas di fikiran ini terlalu banyak fitnah-fitnah yang ditabur dan tidak sepatutnya disebarkan secara meluas untuk tatapan umum di dalam media massa sekarang ini. Bukan setakat fitnah tetapi segala macam keaiban, keburukan dan contoh-contoh yang tidak sepatutnya dipaparkan untuk hidangan anak-anak muda yang masih belum tahu membezakan yang baik dan buruk.
Ingat! MATLAMAT TIDAK PERNAH MENGHALALKAN CARA!

Alternatifnya??media SIBER~facebook, blog, twitter etc
Memetik lagi kata-kata Dr Abu Hassan " jgn terlibat dalam proses membeli, membaca apatah lagi mengedarkannya..jgn membuka pintu neraka.."



Benarlah kata-kata "KEBENARAN hendaklah ditegakkan dengan cara yang BENAR..jalan yang SALAH tidak akan pernah dapat menegakkan KEBENARAN, seperti air BERNAJIS yang TIDAK DAPAT menyucikan NAJIS."



p/s~ patutkah activate balik fb?hmm..;)




..hati ini..


Ya Allah,
berilah aku hati yang lebih YAKIN
hati yang JITU
yang dapat mencintaiMu


Ya Wahhab,
jadikankanlah aku insan yang BERILMU
yang merasai makna HIKMAH
dengannya dapat aku mendidik diri


Ya Latiff,
lembutkanlah akhlakku
ajarilah aku bagaimana untuk MENGASIHI manusia
dengan IKHLAS
tanpa mengharap dibalas..


~berhati-hati MENJAGA hati~

.. DicintaiNYA..






Jika Allah menyintai seorang hamba, maka Dia memanggil Jibril.."seseungguhnya aku menyintai si polan, maka cintailah dia.." Jibril pun menyintainya..

Lalu, Jibril menyeru semua penduduk langit "sesungguhnya Allah menyintai si polan, maka cintailah dia" Maka penduduk langit pun menyintainya..

Kemudian ia mendapat PENERIMAAN DUNIA..:)



Alangkah beruntungya sesiapa yang mendapat CINTA Allah..nescaya dengan pasti dan tanpa ragu-ragu lagi dia akan mendapat cinta seluruh makhlukNya di langit dan juga bumi..berbahagialah! :)


p/s-when Allah is your "friend", who's your enemy?
but, when Allah is your ENEMY..what hope do you have? :'(