-H. A. S. A. D-



"Hendaklah kamu menjauhi hasad dengki kerana sesungguhnya hasad dengki memakan kebaikan sebagaimana api memakan kayu"

[HR Abu Daud]

HASAD..selalu mendengar perkataan ini. Dari mulut ustaz, ustazah, guru2 dan di kaca televisyen. Tetapi ia tidak pernah menyentuh hati atau jiwa ini. TAHU tetapi TIDAK KENAL, bagai angin lalu..

Ramai yang mengatakan hasad adalah musuh tersembunyi yg sangat merbahaya..tanpa disedari penyakit ini semakin membarah di dalam hati. Memetik kata2 adik yang suka bergurau
"u see it when you KNOW it exist..otherwise everything is invisible.." hehe..

Terdiam sebentar dlm proses memahami maksud yg tersirat. Kita hanya menyedari kehadiran atau kewujudan sesuatu apabila kita mengenalinya..jadi apa dia HASAD?? ataupun ianya dah bertakung tepu di dalam hati kita?

"TAK KENAL MAKA TAK BENCI.."

Hasad ialah mengharapkan hilangnya nikmat daripada orang yang didengki samada melalui perkataan atau perbuatan..
[Imam al-Mutawalli al-Sya'rawi]

Jika seseorang itu melihat seseorang yang lain mendapat nikmat lalu timbul harapan dalam hatinya agar nikmat itu hilang, maka ketika itu dia telah dihinggapi penyakit hasad.

Punca utama hasad boleh bertapak di dalam hati adalah disebabkan oleh sifat:

1. sombong
"sombong adalah menolak kebenaran dan memandang rendah akan orang lain."

2. cintakan dunia
menjadikan dunia sbg matlamat..dunia adalah segala2nya..

3. persaingan yang tidak sihat
perasaan tidak senang, tidak bersyukur dan tidak pernah rasa cukup di atas nikmat yang dikurniakan kepada dirinya dan org lain.

Orang yang hasad hanya melihat kelebihan orang lain berbanding dirinya sendiri. Fikirannya menjadi negatif apabila sering melihat nikmat orang lain dan membandingkan dengan nikmat yang ada pada dirinya. Justeru, mana mungkin ada rasa bersyukur sekiranya asyik melihat kekurangan??
"orang yang tidak bersyukur dengan yang SIKIT tidak akan bersyukur dengan yang
BANYAK"

[hadis]

Orang yang hasad MENDERITA 2 KALI. Pertama disebabkan oleh
kekurangan yang ada pada dirinya dan kedua disebabkan rasa ingin menghilangkan nikmat pada orang lain. Ini penderitaan jiwa yang sangat dahsyat! nauzubillah..

Oleh itu, wajib kita membuang sifat hasad ini dengan apa cara sekalipun..kenapa?
kerana orang yang memiliki hati yang kotor tidak layak masuk syurga Allah. Orang yang selamat hanyalah mereka yang membawa hati yang bersih ;
qalbun salim :)

caranya?

1.
mujahadah melawan kehendak; kalau terasa hendak mengumpat ganti dengan cerita yg baik2,jika timbul takabbur cepat2 rendahkan diri, apabila timbul iri hati, cepat2 bertanya khabar

2. berdoa semoga dihapuskan sifat hasad dr hati

3. bertaubat kpd Allah dan banyakkan mengingati mati
"mati adalah sebaik-baik penasihat kepada hati yg jahat"

4. mencari ilmu tentang keburukan sifat hasad

5. belajar dan menghayati prinsip akidah


Akhir kalam..
"tidak boleh hasad kecuali kepada 2 orang iaitu:
1. org yg Allah anugerahkan kpdnya harta lalu dia infakkan pd jalan kebaikan
2. org yang Allah berikan kepadanya ilmu , ia tunaikan(amalkan) dan
mengajarkannya"

[mutaffaq'alaih]


~2 orang kat atas ni takpe kalau kita nak hasad pun, hasad yang okey dan membawa ke arah kebaikan~ :)



p/s-jika kau berasa takut, maka jangan mundur..HADAPILAH, jika kau berhasad maka JANGAN LANJUTKAN dan jika kau bersangka buruk maka JANGAN BUKTIKAN!


(*^_^*)v peace!!

Rujukan: SOLUSI isu 32

Pesta Buku Terengganu (*^-^*)


Tempat: TTC

Tarikh : 9-15 Jun 2011

Masa: 9.30 pagi-10 malam




p/s: like! like! like! :)