.:jalan kami:.


Bangkitlah wahai anak2 saad b. abi waqqas! bangkitlah wahai cucu2 khalid al walid! di manakah kalian semua?? kita sekarang berada dlm zaman kebangkitan dan kegemilangan Islam..zaman Islam akan kembali agung! tp kenapa anak2ku semakin jauh dr agamaNya ini..

Jgn menjadikan dirimu terlalu MURAH! jgn terperangkap dgn tipu helah yahudi dan nasrani!

Sukarnya mencari permata di celahan kaca..tp Allah akn sentiasa membangkitkan pd setiap zaman hamba2Nya yg akan memprbaharui agamaNya..moga2 kita mjd insan terpilih itu..

Islam yg akan MEMULIAKAN seseorg, Islam yg akan memuliakan sesuatu bangsa..ISLAM itu TINGGI dan tidak ada kemuliaan selain drp ISLAM! kembalilah..

~jgnlah Engkau pesongkan hati kami setelah Engkau berikan kami petunjuk~

~maafkan~



"jika kamu ingin membalas sesuatu kejahatan, balas SAMA dengan apa yg telah mereka lakukan terhadap kamu..jgn berlebih2..ttp, MEMAAFKAN adalah LEBIH BAIK.."

forgive n forget?? nope..better forgive and LEARN! (*^-^*)

seperti kata pujangga, org biasa belajar dr pengalaman sendiri, ttp org bijak pandai
belajar drp pengalaman org lain..


Saudaraku di Pattani..

http://amanpattani.blogspot.com/

Isu yang sering kita terlepas pandang..saudara seakidah kita sedang menderita di sana..
Proses mem'buddhakan' saudara kita sdg giat dilaksanakan.

kronologi
peristiwa berdarah di Pattani:

  1. 28 April 2004- Kampung Krisek ( Kre Se ), Pattani, sekitar 106 orang remaja dan pemuda Muslim menjadi sasaran bedilan peluru. Mereka dituduh melakukan serangan ke atas pos-pos keamanan pihak keselamatan Thai menggunakan senjata tajam
  2. 4 Oktober 2004 (bulan Ramadhan)- Tragedi Tak Bai, 85 orang terbunuh akibat sesak nafas kerana ditindan beramai-ramai di dalam trak askar.
  3. 008 – Shukri, iaitu seorang penjaga masjid Hidayatul Muslimin, Narathiwat dibunuh.
  4. 30 Januari 2009- Imam Awang Karim ditembak ketika menaiki tangga masjid untuk melaungkan azan solat jumaat. Arwah pernah ditangkap dan dipenjarakan diatas tuduhan-tuduhan palsu tetapi dibebaskan setelah berjaya dibuktikan tidak bersalah.
  5. 1 Jun 2009- 11 orang jemaah yang sedang solat Isyak di Masjid Al-Furqan, Narathiwat dibunuh secara kejam.
  6. 2009 – Ismail b. Che Lah (62 tahun), imam yang telah ditembak di hadapan kedainya.
  7. 4 Disember 2009- Manaf @ Mat Romin (44 tahun) dibunuh semasa dalam perjalanan ke masjid Hidayatul Muslimin, Narathiwat untuk mengimami solat Jumaat. Arwah meninggalkan seorang janda, Ayusah bt Lokman (38 tahun) dan 5 orang anak.
  8. 29 Disember 2009- Talib,48 tahun dari Kampung Slow, Mkm Resak, Narathiwat ditembak selepas solat isyak di hadapan rumahnya. Arwah meninggalkan seorang janda dan tiga orang anak yang masih bersekolah.
  9. 0 Februari 2010- Fauzee Y'Tok,39 tahun dari daerah Thanto,Yala diserang secara mengejut ketika sedang memandu keretanya. Dia ditembak di leher menyebabkan kenderaannya kemalangan.
  10. 24 Januari 2010- Haji Kosim b. Haji Mat Sum, imam yang juga guru qiraat ditembak di hadapan rumahnya di Kampung Latoh, daerah Kolam, Wilayah Pattani semasa hendak menghadiri kenduri arwah seorang bilal yang ditembak 2 hari sebelumnya. Arwah meninggalkan seorang janda yang sarat mengandung dan 5 orang anak kecil.
  11. 5 Februari 2010- Che’ Max Ha’yae (50 tahun) dan anak perempuannya bernama Bardatee Laboor (25 tahun) dari Kampung Kucing Lepas, M.4, T.Chalem, D.Ra’nge, Wilayah Narathiwat. ditembak ketika sedang menorah getah. Pada petang hari yang sama juga Abdullatih Banyok Kasih (35 tahun) telah di tembak semasa mengumpulkan getah beku. Sebelum ini suami Bardatee Laboor telah dibunuh menyebabkan dua orang anaknya yang berumur 3 tahun dan 14 bulan menjadi yatim piatu.
  12. 5 April 2010- 6 orang pelajar dan seorang tukang masak Resroran Warisan ditangkap atas tuduhan terlibat dalam aktiviti pengeboman semenjak tahun 2004 sehingga kini. Tuduhan tersebut masih belum ada sebarang apa-apa bukti.
  13. 19 Mei 2010 - Seramai 300 orang askar telah bertempur dengan 6 orang kampung di Kg Slow, Narathiwat selama 7 jam bermula dari 11 pagi hingga 6 petang. Dua orang kampung telah meninggal iaitu Ibrahim Semae (26 tahun) dan Abdi Jeeyerae (umur 28 tahun).Arwah Ibrahim Semae meninggalkan seorang isteri iaitu Rohimah Semae (23 tahun) manakala arwah Abdi Jeeyerae meninggalkan seorang isteri iaitu Sakiroh Sixutae (31 tahun) dan seorang anak Mustakin Jeeyerae (4 tahun).
  14. 30 Mei 2010 - Sulaiman Naesa (25 tahun) telah mati ketika dalam tahanan di Kem Ingkhayutabarihan M.Bothong D.Nongcik W.Pattani. Arwah didakwa telah membunuh diri namun bukti-bukti jelas menunjukkan yang arwah telah diseksa sehingga mati.
  15. 6 Jun 2010 - Daramae Da’kek (51 tahun) telah ditembak di bahagian leher ketika menaiki motosikal sewaktu pulang dari menziarahi anaknya di Maahad Tarbiyatulwatan Melayu Bangkok, Daerah Meang Jala. Arwah merupakan seorang guru di Ma’had Al Falah Al Islami, juga bekas guru Ma’had Bi’that Ad-Diniyah Yala. Arwah meninggal dunia sewaktu menjalani pembedahan akibat pendarahan serius. Arwah meninggalkan seorang isteri dan 7 orang anak.