HINI?

Adakah cara untuk mengatasinya?

Petua dari seorang ustazah kat sekolah..

  1. Ambil 5 biji bunga lawang
  2. Rebus bersama 4 gelas air
  3. Biarkan mendidih selama 15 minit
  4. Tunggu sehingga suam
  5. Baca selawat syifa’ dan minum air rebusan bunga lawang tersebut

InsyaAllah akan terpelihara dari wabak tersebut...

nemo oh nemo..(=’.’=)


IKAN boleh menutup mata??

Ikan tidak mempunyai kelopak mata untuk membolehkannya menutup mata. Mereka juga sebenarnya tidak tidur seperti manusia. Dalam erti kata lain, mereka hanya berehat sambil membuka mata. Rehat bagi ikan adalah satu fasa di antara tidur dan sedar. Pergerakan yang sedikit sudah mampu untuk membuatkan mereka terjaga. (=’.’=)


teringat kisah semasa di sekolah rendah di mana seorang rakan lelaki tidak boleh menutup mata kerana adiknya telah menggunting bulu matanya semasa dia tidur..huhu..ciptaan Allah yang kadangkala tidak terasa kehadirannya tetapi mempunyai fungsi yang sangat besar..subhanAllah..

Lain pulak ceritanya semasa menghadiri majlis perkahwinan seorang rakan. Matanya asyik nak tertutup sebab pakai bulu mata palsu..berat katanya..hehe..

~istighfar~




FADHILAT ISTIGHFAR

Firman Allah dalam surah an-Nisa’:110

“ Dan sesiapa yang mengerjakan sesuatu kejahatan atau menganiayai dirinya sendiri kemudian dia memohon keampunan Allah (beristighfar) terhadap dosa-dosanya itu, nescaya dia akan mendapati Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”

FirmanNya lagi dalam Hud:3

Mohonlah keampunan Tuhanmu (beristighfar) kemudian bertaubatlah kepadaNya pasti Dia akan memberikan kepadamu kenikmatan-kenikmatan yang cukup baik dan mamuaskan hinnga batas waktu yang telah ditentukan. Dan Dia akan memberikan kemuliaan kepada setiap orang menurut kadar masing-masing.”

Sabda Rasulullah s.a.w:

“ Sesiapa yang memperbanyak istighfar, nescaya Allah akan melenyapkan setiap kegundahannya, melapangkan setiap kesempitannya dan Dia akan memberikan rezeki secara yang tidak diduganya.”

(Riwayat Abu Daud)

Istighfar: menundukkan jiwa, hati dan fikiran kepada Allah sambil memohon keampunan daripada segala dosa.

~Ramadhan Kareem 1430H~

Ramadhan tiba lagi..:) Salam ramadhan buat semua sanak saudara d sluruh negara dan rakan2 seperjuangan..moga ramadhan kali ini lebih baik dr sebelumnya..tingkatkan amalan, mantapkan perjuangan..

1. Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan. -Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi-

2. Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. - Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi-

3. Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud : Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu. - Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e,Malik,Ahmad dan Baihaqi-

ini kisah benar


Ini kisah benar..kisah seorang gadis Melayu, beragama Islam, tapi cetek pengetahuan tentang agama. Ceritanya begini, di sebuah negeri yang melaksanakan dasar ‘Membangun Bersama Islam’, kerap kali pihak berkuasa tempatan menjalankan pemeriksaan mengejut di premis-premis perniagaan dan kompleks beli-belah, untuk memastikan para pekerja di premis berkenaan menutup aurat.


Tulisan Asal: Al-Hisham
Aku tak pasti berapa jumlah denda yang dikenakan sekiranya didapati melakukan kesalahan, tapi selalunya mereka akan diberi amaran bagi kesalahan pertama, dan didenda jika didapati masih enggan mematuhi garis panduan yang ditetapkan. Lazimnya dalam setiap operasi sebegini, seorang ustaz ditugaskan bersama dengan para pegawai pihak berkuasa tempatan. Tugasnya adalah untuk menyampaikan nasihat secara berhemah, kerana hukuman dan denda semata-mata tidak mampu memberi kesan yang mendalam.

Dalam satu insiden, ketika operasi yang dijalankan sekitar 2005, seorang gadis yang bekerja di salah satu lot premis perniagaan di Pasaraya Billion telah didapati melakukan kesalahan tidak menutup aurat. Maka dia pun kena denda la…setelah surat saman dihulurkan oleh pegawai PBT, ustaz ni pun bagi la nasihat, “..lepas ni diharap saudari insaf dan dapat mematuhi peraturan..peratura n ni bukan semata-mata peraturan majlis perbandaran, tapi menutup aurat ni termasuk perintah Allah. Ringkasnya, kalau taat segala perintahNya, pasti Dia akan membalas dengan nikmat di syurga..kalau derhaka tak nak patuhi perintahNya, takut nanti tak sempat bertaubat, bakal mendapat azab di neraka Allah. Tuhan Maha Penyayang, Dia sendiri tak mahu kita campakkan diri ke dalam neraka…”

Gadis tersebut yang dari awal mendiamkan diri, tiba-tiba membentak “Kalau Tuhan tu betul-betul baik, kenapa buat neraka? Kenapa tak boleh sediakan syurga je? Macam tu ke Tuhan Maha Penyayang?” Mungkin dari tadi dia dah panas telinga, tak tahan dengar nasihat ustaz tu..dah la hati panas kena denda sebab dia tak pakai tudung..

Ustaz tu terkedu sekejap. Bahaya budak ni. Kalau dibiarkan boleh rosak akidah dia. Setelah habis gadis tu membebel, ustaz tu pun jawab:
“Dik, kalau Tuhan tak buat neraka, saya tak jadi ustaz. Berapa sen sangat gaji saya sekarang. Baik saya jadi tokey judi, atau bapa ayam.. hidup senang, lepas mati pun tak risau sebab gerenti masuk syurga. Mungkin awak ni pun saya boleh culik dan jual jadi pelacur. Kalau awak nak lari, saya bunuh je. Takpe, sebab neraka tak ada. Nanti kita berdua jumpa lagi kat syurga..Kan Tuhan tu baik?”

Gadis tu terkejut. Tergamak seorang ustaz cakap macam tu? Sedang dia terpinga-pinga dengan muka confused, ustaz tu pun jelaskan:
“perkara macam tadi akan berlaku kalau Tuhan hanya sediakan syurga. Orang baik, orang jahat, semua masuk syurga..maka apa guna jadi orang baik? Jadi orang jahat lebih seronok. Manusia tak perlu lagi diuji sebab semua orang akan ‘lulus’ percuma. Pembunuh akan jumpa orang yang dibunuh dalam syurga..perogol akan bertemu lagi dengan mangsa rogol di syurga..lepas tu boleh rogol lagi kalau dia nak..takde siapa yang terima hukuman. Sebab Tuhan itu ‘baik’. Adakah Tuhan macam ni yang kita nak? Awak rasa, adil ke?”; tanya ustaz.

“Ah..mana adil macam tu. Orang jahat takkan la terlepas camtu je..” rungut si gadis.

Ustaz tersenyum dan menyoal lagi:
“Bila tuhan tak adil, boleh ke dianggap baik?”

Gadis tu terdiam.

Ustaz mengakhiri kata-katanya:
“Adik, saya bagi nasihat ni kerana kasih sesama umat Islam. Allah itu Maha Penyayang, tapi Dia juga Maha Adil. Sebab tu neraka perlu wujud. Untuk menghukum hamba-hambaNya yang derhaka, yang menzalimi diri sendiri dan juga orang lain. Saya rasa awak dah faham sekarang. Kita sedang diuji kat atas dunia ni. Jasad kita bahkan segala-galanya milik Allah, maka bukan HAK kita untuk berpakaian sesuka hati kita. Ingatlah; semuanya dipinjamkan olehNya, sebagai amanah dan ujian..semoga kita dapat bersabar dalam mentaati segala perintahNya, untuk kebaikan diri kita jugak. Assalamu’alaikum.”